sehari selepas graduasi.
semalam seperti satu mimpi.
terbangun aku hari ini.
seperti kehilangan sesuatu di sini.
rindu.
pada namanya tertera pelangi
saksi peluh hamis dan harum wangi
dataran pintar dipagi hari
meredah federal untuk kami
sayu.
meninggalkan yang di sini
takut.
pada esok yang tidak pasti
gementar.
mungkin sakit dan pilu yang menanti
berdebar.
menanti sakura dan yuki.
gembira.
untuk dunia baru yang bakal diterokai
doa
semoga matahari terbit indah di sana
semoga langit dan awan cantik bak kencana
semoga jalan ini penuh rahmatNya
semoga hati keras bak permata
semoga kaki kuat untuk bangun semula andai terjatuh di mana-mana
semoga yang di sini tetap sihat sejahtera
semoga sayang dan rindu semakin kuat terbina
Ya Allah, permudahkanlah segalanya.
aminn.
Comments
and nice layout too..merah menyala! haha~
merah itu semangat~!
phew~ malu nye time btn tuh. -_-"
bifa~~~~~ (saje je nak sebut nama)
iman~~~~~ :D
slamat malam!